'Make and Mend' ialah kebenaran untuk dilepaskan dari berkerja mulai tengahari. Umumnya pada hari Jumaat apabila hari berikutnya (Sabtu) adalah cuti umum negeri atau seluruh negara.
Namun selain hari Jumaat, hari-hari lain juga 'Make and Mend' boleh diberi oleh Pegawai Memerintah bergantung kepada keperluan dan budi bicara seseorang Pegawai Memerintah itu.
Tetapi, dewasa ini aku tidak pasti sama ada kelepasan seperti ini masih dipraktikkan lagi oleh TLDM atau tidak.
Dahulu ketika masih baru dalam 'navy' aku tidak tahu apa ertinya 'Make and Mend' itu. Di dalam sesuatu borang permohonan atau 'Request Form' untuk memohon pelepasan tengahari aku hanya tahu menulis 'Mohon Make and Mend', tanpa tahu apa erti di sebalik istilah tersebut.
Hendakku tanya kawan-kawan, mereka juga seperti aku. Tanya yang lebih senior pun 2 X 5 juga. Ada aku tanya orang lama. Mereka juga tidak tahu.
Akhirnya aku bertanya dengan seorang lama yang faham erti istilah itu. Katanya,
'Make and Mend itu engkau disuruh jahit mana-mana uniform kau yang koyak atau tetas' atau apa sajalah'.
![]() |
| Gambar Hiasan |
Sebenarnya aku masih tidak faham juga. Pada fikiranku, takkan untuk jahit uniform sahaja. Aku tengok orang yang sudah berumahtangga pun dapat 'Make and Mend'. Tapi mereka balik kampong.
Walaupun masih tidak faham erti sebenar istilah itu, aku dan rakan-rakan lain mengambil kesempatan untuk beristirehat atau keluar berjalan-jalan.
Kepada pembaca anggota TLDM yang masih bertugas, saya ingin bertanya apakah 'Make and Mend' ini masih dipraktikkan lagi hari ini.
Nota Kaki: Hari Sabtu merupakan hari kerja seperti biasa sebelum diisytiharkan cuti umum.

Salam Pak Mail,
BalasPadamKalau Sabtu dahy cuti dan hari Rabu, main sukan, "Make and Mend" ini tak perlu lagi bagilah kalau masih ada lagikan?
Saya dulu pun jarang bagi , cuma sesekali bila balik belajayar dan sebelum nak belakeluar belayar, khas untuk orang2 berkeluarga....haha.
Salam Pak Zabs,
BalasPadamYa, saya baru teringat hari Rabu adalah hari sukan.
Suka mengingatkan kenangan nostalgia.
erm..mcm pelik je word tu..x pernah plak chii dgr b4 this..
BalasPadambest gak navy ni kan..chii b4 this sekadar join askar wataniah je..insya Allah nak try aktif blk..g latihan tempatan semua..cita2 chii nk g kursus para..tp x sure sama ada masih larat lg ke idak..stamina da semakin kurang da :p
Chii,
BalasPadamTerdapat banyak istilah tentera laut atau naval term yang diambil dari tentera laut British ini yang mempunyai berbagai-bagai makna yang boleh dipelajari.
Hmmmm...wataniah...try join sukarelawati navy. Mana tahu boleh dapat ikut belayar naiki kapal TLDM.
Nak join gak, tp dlm umur camni ngan kepala lutut pun dh "out" rasanye tak dapek la kot...abis kuat dok layan paintball je la...hehehe
BalasPadam"make n mend" rasanye saya faham maksud sebenarnya setelah baca komen tuan zabs tu...hehehe
sukarelawati navy?? ade eh..waahh..mcm menarik je..xtau la plak..selama ni just tau pasal wataniah je..ehehe..
BalasPadamChii,
BalasPadamInsya'Allah nanti saya post satu entri bagaimana menjadi seorang sukarelawati navy.