Pengikut

Ahad, 10 Jun 2012

Ubat Resdung

Dan apabila aku sakit, DIA lah yang mengubatiku
Saya percaya ramai yang mengetahui tentang penyakit resdung.

Saya ada penyakit resdung. Resdung yang saya alami agak serius. Apabila ia datang amatlah tidak selesa. Segala kerja tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Bersin sepanjang waktu. Lendir di hidung keluar tiada henti. Gatal-gatal pada mata. Dan berbagai perkara lagi yang membuat seseorang itu berkeadaan tidak selesa sepanjang hari.

Agak lama juga saya alami penyakit ini. Dalam seminggu paling kurang dua atau tiga hari saya alami. Ubat yang saya ambil hanya dari klinik atau hospital.

Saya pernah juga mencuba mengubati secara tradisional dengan cara asap pada muka. Tetapi tidak begitu berkesan. Ia kembali semula.

Namun baru-baru ini (seminggu yang lalu) seseorang telah sarankan kepada saya menggunakan ini.
Garam bukit ini bukanlah sebenarnya ubat resdung. Ia adalah garam
pengganti garam biasa pada masakan.
Garam bukit Himalaya.
Beliau ambil secubit garam bukit ini dan mencampurinya dengan air yang dimasukkan ke dalam bekas titis air mata (seperti bekas kecil EYE-MO). Kemudian beliau goncang sehingga sebati. Lalu di titiskan pada kedua-dua belah mata saya. Ianya agak pedih sedikit. Tutup mata lebih kurang seminit. Kesannya tidak ‘instant’, tetapi positif.

Alhamdulillah. Segala puji milik Allah. Allah swt yang mengubati setiap penyakit. Dengan izin Allah jua sehingga hari ini saya merasa selesa sepanjang minggu tanpa gangguan resdung.

Mudah-mudahan nikmat keselesaan yang Allah swt kurniakan ini akan berpanjangan hendaknya.

Amin...... 


PakMail: Saya bukan jurujual. Saya hanya berkongsi pengalaman.

9 ulasan:

  1. Sdr Pak Mail,

    Salah seorang anak lelaki saya mengidap symptom penyakit - hidung berair dan ada ketikanya selalu bersin.Saya belikannya ubat tradisional resdung yang diusahakan oleh pengusaha dari Pendang,Kedah.Harga sebotol/15 kapsul ialah RM12.00.

    Baru-baru ini ketika di Kedah, saya pergi ke rumah pengusaha dan jumpa.Saya beli stok 10 botol dengan harga RM10.00.Insya Allah ubat tersebut serasi dengan anak saya.

    Bagaimanapun, saya akan mencuba juga garam (ubat) yang saudara nyatakan.T.Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Ujangkutik,

      Sebagai manusia kita hanya boleh berikhtiar. Allah jua yang menyembuhkan.

      Kebarangkalian untuk serasi dengan sesuatu ubat itu berbeda antara seseorang dengan seseorang yang lain. Resam badan tidak sama antara satu dengan yang lain.

      Boleh mencuba. Insya'Allah, mudah2an ada keserasian.

      Wallahu 'alam

      Padam
  2. terjumpa info ni, juga pasal resdung… sharing is caring :) - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

    BalasPadam
    Balasan
    1. armouris,

      Terima kasih kerana singgah.

      Padam
  3. Assalamu'alaikum, PakMail
    Mohon izin singgah. Menarik juga kaedah alternatif itu. Insya-Allah, sememangnya ia boleh jadi serasi dengan pesakit-pesakit tertentu. Tanggungjawab kita adalah untuk terus mencari cara yang paling serasi. Dalam mencari, maklumat seperti yang PakMail kongsikan itu tentu membantu. Ketemu Lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temuk,

      Alaikumsalam.

      Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian tuan sudi singgah dan membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini.

      Saya juga sering secara diam singgah membaca tulisan tuan tentang buah-buahan atau juga tumbuh-tumbuhan. Sangat menarik.

      Kaedah yang saya ditemukan ini juga memerlukan keyakinan, keserasian dan amalan yang kerap. Insya'Allah pasti Allah menolong.

      Wallahu'alam

      Padam
  4. saya da hampir setahun guna produk nie.enak dalam masakan.hehe

    BalasPadam
  5. saudara ujang kutik ,
    boleh tahu di mana alamat di kedah tu > saya nak pergi.

    BalasPadam
  6. as salam..kat mane nk dptkn produk garam bukit hamalaya ni...

    BalasPadam